6 Mac 2016
PENGENDALI Kelantan, K Devan enggan menyalahkan
persembahan pemainnya setelah Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)
tewas 4-5 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1 pada
aksi Pusingan Ketiga Piala FA, di Stadium Darul Aman, Alor Setar,
kelmarin.
Kelantan tersingkir selepas sepakan Khairul Izuan terkena tiang kiri gawang Kedah.
Terdahulu Kelantan mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan jarak dekat pemain pertahanan Jonathan McKain selepas sepakan bebas Muslim Ahmad ditanduk ke depan gawang oleh Dramane Traore.
Bagaimanapun, Kedah menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua berlangsung menerusi jaringan Khairul Helmi Johari yang menanduk masuk sepakan sudut Baddrol Bakhtiar.
"Saya tak menyalahkan siapa-siapa. Bagi saya, pemain telah beri satu persembahan yang baik, komitmen dan semangat juang yang tinggi biarpun kita kehilangan dua tonggak import, namun pemain tempatan tetap menunjukkan persembahan yang baik sehingga masa tambahan dan ini wajar diberikan pujian," katanya.
Mengulas mengenai desakan segelintir penyokong Kelantan yang dilihat memberi tekanan kepada pemain sehingga menyebabkan mereka gagal beraksi dengan baik, Devan mempunyai alasan tersendiri mengenai perkara berkenaan.
"Cerita luar padang saya tak fikirkan, saya hanya fikirkan dalam padang sahaja, cuma kelekaan sedikit bahagian pertahanan mungkin antara sebab kita kalah di sini," katanya,
Ditanya adakah kekalahan ini akan memberi impak yang negatif terhadap PQPTRW pada saingan Liga Super, Devan menafikannya.
"Piala FA kalah mati, tiada kaitan dengan liga, lagipun liga baru empat perlawanan dan kita baru kalah sekali, saya rasa itu pencapaian baik buat masa ini. Jadi tiada apa nak risau," katanya.
--- SINAR HARIAN