ARKIB : 28/07/2000
DUA pertemuan penting, Kelantan menentang Kedah dan Kuala Lumpur Malay Mail bertemu Melaka malam ini menjanjikan aksi paling mendebarkan di hujung musim bola sepak Liga Perdana Dua yang bakal menentukan pasukan mana layak bergelar juara liga.
Kelantan, pendahulu liga yang beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu pastinya sudah terbayang gelaran juara dalam genggaman, tetapi Kedah mampu memusnahkan impian si Kijang.
Walaupun Kedah sudah terkeluar daripada persaingan merebut kejuaraan liga, kemenangan tetap penting untuk menjamin kedudukan mereka dalam Perdana Satu musim depan, selain tempat automatik ke Piala Malaysia.
Jika kemenangan berjaya diraih Kedah ke atas Kelantan dan Melaka pula tewas kepada KL Malay Mail, Kelantan dan Kedah secara automatik ke Perdana Satu.
Bagi kejuaraan liga, jika Kedah menang ke atas Kelantan sekalipun, mereka terikat 33 mata dan Kelantan tetap di atas dengan kelebihan 17 gol. Keputusan itu meletakkan Kedah di tangga kedua jika Melaka pula tewas.
Begitupun, keputusan perlawanan KL Malay Mail dengan Melaka di Stadium KLFA, Cheras perlu diambil kira.
Jika Kedah menang ke atas Kelantan manakala Melaka, yang kini di tangga kedua dengan 32 mata, berjaya mengatasi KL Malay Mail, skuad Kancil akan ditabal selaku juara Perdana Dua.
Menyedari senario itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pantas menyeru ahli kelab gabungan, penyokong dan peminat supaya datang beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan itu, malam ini.
Presiden KAFA, Datuk Wan Hashim Wan Daud semalam tetap berharap gandingan pemain baru dan lama mampu membawa Kelantan menjulang juara liga, selain tempat ke Liga Perdana Satu musim depan serta aksi di Piala Malaysia musim ini.
Katanya, prestasi pemain Kelantan meningkat sejak kebelakangan ini dan pemain bebas daripada kecederaan menjadi aset utama untuk menewaskan Kedah.
Tiada jalan pintas bagi Kedah selain daripada mencapai kemenangan kerana kedudukan Kedah turut dicabar oleh JKR Kelantan di tangga keempat yang mengumpul 28 mata.
Pengurus pasukan Kenari, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil berkata, Kedah perlu menyalahkan diri sendiri apabila 'sengaja' memilih jalan sukar untuk mendaki ke puncak.
Jika tidak kerana tewas 0-1 kepada Telekom Melaka tempoh hari, pastinya laluan yang bakal dilalui tidak sesukar yang dialami pada masa ini, ujarnya.
''Kita perlu lakukan kejutan ke atas Kelantan malam esok (ini) tanpa memikirkan nasib yang akan dialami oleh Melaka yang bertemu Malay Mail Kuala Lumpur,'' katanya ketika dihubungi di Alor Setar, semalam.
Ketiadaan Adrien Jurad Chamrong yang menerima dua kad kuning dan Roslan Abdul Rahim yang masih dalam kecederaan turut memeningkan kepala Ahmad Basri.
''Tahap prestasi pemain sepanjang liga ini benar-benar membingungkan saya,'' katanya sambil menambah para pemainnya mudah tertekan apabila diasak.
Apapun, Kelantan kini dilihat sebagai pilihan untuk menjulang juara liga dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan kegagalan melaksanakan misi kemenangan bakal membuka jalan buat Melaka ditabalkan juara dengan syarat mereka atasi KL Malay Mail.

--- UTUSAN MALAYSIA