19/11/2007
Oleh MOHD. RIZALMAN NOR
KOTA BHARU – Kelantan mula menguji dua pemain Amerika Selatan, Luis Fernando Espanzola dari Uruguay dan Danial Costalezzi dari Argentina dalam sesi latihan pasukan itu, semalam.
Espanzola merupakan pemain dari Kelab El Salvador manakala Coztalezzi bermain untuk sebuah kelab Divisyen Dua.
Jika corak persembahan menyakinkan, kedua-duanya akan digandingkan denganAlberto Dieogo Albertini yang dikekalkan semusim lagi.
Pengurus pasukan Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob berkata, kedua-dua pemain tersebut akan menjalani beberapa ujian kelayakan melalui perlawanan persahabatan sebelum menandatangani kontrak dengan pasukan berkenaan.
‘‘Espanzola kita letak sebagai pemain pertahanan manakala Coztalezzi sebagai penyerang sebagai pelengkap trio import,’’ katanya kepada pemberita ketika menyaksikan sesi latihan yang dikendalikan oleh Norizan Bakar di Stadium Sultan Mohd. IV, di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Annuar Musa.
Kelantan bagaimanapun masih menagih khidmat pemain import dari Argentina, Diego Albertini berdasarkan prestasi dan disiplinnya untuk menguatkan barisan tengah sebagai menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.
Jazlan memberitahu, sekiranya prestasi kedua-dua pemain itu kurang memberangsangkan dan tidak menepati cita rasa Norizan, mereka akan dihantar pulang dan pihaknya akan menguji pemain lain pula sebelum bermula saingan 2007/2008.
Kelantan kini sedang menjejaki tiga pemain import untuk ditempatkan di tiga posisi utama iaitu penyerang, pemain tengah dan pertahanan.
‘‘Kita harap dengan penempatan pemain import di setiap posisi akan membantu menguatkan pasukan serta menyuntik semangat pemain tempatan dalam usaha membentuk satu pasukan yang mantap dan mencapai hasil terbaik,’’ jelasnya.
Beliau berkata, skuad Kijang akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Lembah Klang pada 17 November ini menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala bertemu Kuala Lumpur (KL) dua hari selepas itu dan KL Plus pada 21 November ini.
Sementara itu, Annuar berkata, pemain Kelantan akan menjalani latihan pada waktu malam sekurang-kurangnya sekali seminggu di stadium tersebut untuk membiasakan diri dengan jadual perlawanan sebenar.

--- UTUSAN MALAYSIA