16 Disember 2011
JUARA Liga Super 2011, Kelantan bakal melayan kunjungan juara Liga
Prima Indonesia (IPL), Persebaya FC bagi merebut trofi Yayasan
Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) dalam perlawanan pertama di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 23 Disember ini.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan, Datuk Ismail Md Nor berkata, perlawanan tersebut diadakan secara timbal balik di mana Kelantan akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama.
“Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Gelora, Surabaya pada 28 Disember dan majlis penyampaian hadiah trofi Permai akan diadakan sejurus perlawanan kedua tersebut berakhir.
“Dalam konteks hubungan dua hala di antara kedua-dua negara, saya percaya ianya dapat dipertingkatkan menerusi penganjuran perlawanan ini.
“Malah perlawanan ini juga pasti menarik memandangkan bakal menemukan juara liga daripada kedua-dua negara terbabit.
Menurut Ismail, perlawanan ini merupakan anjuran bersama Liga Prima Indonesia (IPL) dengan Malaysia Super League (MSL) dan dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Kelantan sudah pasti tampil dengan barisan terkuatnya termasuk empat pemain import, manakala Persebaya FC juga difahamkan mempunyai empat pemain import dari Brazil dan Australia. Selain itu, pemain skuad bawah 23 tahun Indonesia yang memenangi pingat perak dalam Sukan Sea lalu, Andik Vermansyah juga turut mewakili pasukan tersebut,” katanya.
Ismail berkata, tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah RM12 bagi tempat duduk terbuka, RM15 (Astaka Dua), RM25 (Astaka Utama) manakala tiket kanak-kanak berharga RM5 akan mula di jual pada hari perlawanan nanti.
Pertemuan dua pasukan juara ini juga bakal disaksikan berjuta-juta peminat bola sepak di kedua-dua negara memandangkan ia akan disiarkan secara langsung oleh Astro, selaku penaja utama Liga Malaysia musim depan.

--- SINAR HARIAN