19 Julai 2012
KOTA BAHARU - Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan yakin mampu
menyekat kemaraan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR)
pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok.
Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata pasukannya berpeluang menang memandangkan QPR baharu sahaja menamatkan musim liga mereka dan ramai pemain kelab itu masih dalam proses pemulihan.
"Pertembungan itu bukan perlawanan bagi QPR, jadi ini menjadi peluang kami kerana saya tahu pemain mereka belum pulih sepenuhnya," katanya pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan itu, di sini hari ini.
Hodak berkata beliau juga akan menurunkan pemain import baru Kelantan, Keita Mandjou agar penyokong dan peminat Kelantan dapat menilai sendiri tahap permainan pemain tersebut.
"Ini menjadi peluang kepada peminat melihat aksi Keita Mandjou sebelum Piala AFC bermula," katanya.
Sementara itu, Pengurus QPR Mark Hughes berkata beliau mungkin tidak menurunkan kesebelasan utama pemainnya menentang Kelantan malam esok bagi mengelak anak buahnya mengalami kecederaan serius.
"Adalah penting untuk tidak mendedahkan pemain kepada terlalu banyak perlawanan bagi mengelak ditimpa kecederaan," katanya.
Sementara itu, kira-kira 1,000 peminat serta penyokong QPR, hadir pada sesi bertemu peminat di Hotel Grand Riverview, di sini.
QPR yang tiba kira-kira pukul 4 petang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini dari Kuala Lumpur, turut diiringi peminat dengan motosikal berkuasa tinggi dan kereta yang menunggu mereka sejak 2 petang.
Pemain QPR juga mengadakan sesi latihan bersama pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebelum menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Mereka berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam ini bersama pemain The Red Warriors.
Antara pemain yang hadir pada majlis tersebut termasuk bekas pemain Manchester United yang baharu menandatangani kontrak bersama QPR, Park Ji Sung, Djibril Cisse, Anton Ferdinand serta Bobby Zamora.- Bernama

--- SINAR HARIAN