Friday, August 31, 2012

Mat Yo terus dapat kepercayaan

Wartawan Sinar Harian
31 Ogos 2012
Mat Yo terus dapat kepercayaan
Mat Yo masih belum menemui sentuhan gol pada kempen Piala Malaysia tahun ini.
 
PENYERANG terbilang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tersenarai dalam 25 pemain kebangsaan menjelang pertembungan persahabatan menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, 11 September depan.

Walaupun belum berjaya meledak sebarang gol pada saingan Piala Malaysia tahun ini, Datuk K Rajagobal masih memberi kepercayaan buat pemain yang dikenali sebagai Mat Yo ini.

Turut diberi kepercayaan Datuk K Rajagobal adalah bintang kelab Pelita Jaya, Safee Sali, Azmi Muslim (ATM) dan Safiq Rahim (Selangor).

Malah, penyerang 'lama', Zaquan Adha kembali berada dalam latihan sejak tersisih agak lama akibat dibelenggu kecederaan.

Namun begitu, sedikit memeranjatkan apabila pemain pinjaman Selangor, Rozaimi Abdul Rahman diketepikan untuk pertemuan itu walaupun gah dengan rekod 10 jaringan di kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Myanmar, baru-baru ini.

Mengikut ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Malaysia berada pada kedudukan ke-157 dan kali terakhir mengadakan aksi persahabatan ketika berdepan Filipina yang berkesudahan 0-0 pada 1 Jun 2012.

--- SINAR HARIAN