Friday, August 31, 2012

Kafa serah polis siasat Nwaneri

Wartawan Sinar Harian
31 Ogos 2012
 Obinna Nwaneri
Nwaneri (kanan) bersama Azman dalam satu Majlis Rumah Terbuka Aidilfi tri pengurus pasukan Kelantan itu di Kota Bharu, baru-baru ini.
 
SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan berkenan dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain importnya, Obinna Nwaneri di Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, oleh kerana perkara berkenaan disiasat polis, ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Perkara ini sudah dilaporkan ke pihak polis, dan masih dalam siasatan, jadi kita tunggu keputusan selanjutnya,” kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online, semalam.

Laporan media menyebut Nwaneri dipanggil polis kelmarin untuk memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan pengurus syarikat sebuah pasar raya di Plaza Masalam di sini.

Dia dikatakan berang sebelum bertindak kasar terhadap pengurus pasar raya berkenaan.

Pemain itu menyumbangkan gol penyamaan kepada Kelantan ketika menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten  Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa dan pemain bola sepak itu sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

--- SINAR HARIAN