Sunday, October 21, 2012

Final Piala Malaysia: Bintang tumpuan, siapa paling berbisa

Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
Hairuddin Omar, Marlon Alex James, Mohd Badhri, Norshahrul Idlan Talaha
Bintna tumpuan Piala Malaysia 2012, Hairuddin Omar (kiri), Marlon Alex james (dua, kiri), Mohd Badhri (dua, kanan), Norshahrul Idlan Talaha (kanan). Foto Khiru Shalleh Abdullah
 
PEMAIN ATM

Hairuddin Omar


Gelaran ‘Abang Final’ seolah-olah sebati buat Hairuddin Omar, setiap kali pemain ini berhijrah bersama pasukan baru , pentas final sudah pasti.

Lihat sahaja rekod penyertaan final Hairuddin yang lebih dikenali Hai -0 ini. Bersama Kelantan pada 2010 dan Negeri Sembilan 2011 menjulang Piala Malaysia sebelum sekali lagi beraksi dipentas akhir membantu Negeri Sembilan menewaskan Terengganu tahun lalu.

Pemain ini boleh berfungsi sebagai  penyerang atau tengah dan cukup terkenal menerusi tandukan berbisa setiap kali beraksi.

Pengalaman pernah beraksi ditiga pentas final dan suasana meriah sudah tentu ia perkara biasa bagi pemain kelahiran Setiu, Terengganu ini.

Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Final Piala Malaysia musim lalu, tidak mustahil episod yang sama berulang jika pemain Kelantan memberikan ruang untuk dirinya bebas berlegar dihadapan gawang gol.

Profil Lengkap
Nama Penuh : Hairuddin Omar
Tarikh Lahir : 29 September 1979
Umur : 33 tahun
Tempat Lahir : Setiu, Terengganu
Ketinggian : 177 sentimeter ( 6 kaki)
Posisi : Penyerang, Tengah
Nombor Jersi : 20
Kerjaya
>2000-2002 : Terengganu
>2003-2008 Pahang
>2009 : T Team
>2009 : Negeri Sembilan
>2010 : Kelantan
>2011 : Negeri Sembilan
>2012 : ATM FA


Marlon Alex James

PENJARING terbanyak Piala Malaysia 2012, Marlon Alex James sudah meledakkan 11 gol, itulah bisa bintang kelahiran St Vincent & Grenadines yang memainkan peranan besar menjulang ATM ke pentas akhir buat julung kalinya dalam sejarah penubuhan pasukan bersenjata itu.

Dianggap penyerang prolifik, kelincahan dan kelebihan fizikal digunakan sepenuhnya pemain pemain ini untuk merobek pertahanan lawan dan seterusnya mengegarkan jarring gol lawan.

Tidak keterlaluan, pemain ini mampu menambah koleksi jaringannya dalam aksi akhir malam nanti jika pertahanan lawan gagal mengunci dan menyekat pergerakan licik bintang yang semakin menyerlah dalam saingan kali ini.
Penyerang tinggi lampai yang bakal membuat penampilan ketiganya di final selepas membantu Kedah merangkul treble berganda pada dua musim berturut-turut, 2006/07 & 2007/08 perlu disekat pertahanan Kelantan jika enggan berputih mata dalam pentas akhir.

Profil Lengkap
Nama Penuh : Marlon Alex James
Tarikh Lahir : 16 November 1976
Umur : 35 tahun
Tempat Lahir : St. Vicent & Grenadines
Ketinggian : 188 sentimeter ( 6 kaki 2 Inci)
Posisi : Penyerang
Nombor Jersi : 9
Kerjaya
> 1995 -1997 : Combined Stars
> 1998-1999 : Hope International
> 2000-2001 : Bray Wanderers
> 2000-2002 :  FC Tirsense
> 2004-2005 : Selangor MK Land FC
> 2006-2008 : Kedah
> 2008 : Vancouver Whitecaps
> 2012 – ATM FA



PEMAIN KELANTAN

Mohd Badhri Radzi

Prestasinya kadangkala naik, ada ketikanya merudum. Tetapi itu asam garam bergelar selaku pemain bola sepak. Namun sumbangan cemerlang Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi terhadap kejayaan Kelantan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Malah ramai yang menganggap jika prestasi beliau bagus, maka persembahan Kelantan juga cemerlang. Pendek kata, aksi Mohd Badhri atau dikenali Piya itu sememangnya mempengaruhi gaya permainan pasukannya.
Itulah kehebatan jeneral padang berusia 30 tahun itu. Peranan Piya yang begitu kreatif mengemudi jentera tengah Kelantan seolah-olah menjadi inspirasi kepada rakan sepasukannya yang lain.
Kepakaran beliau dalam situasi bola mati juga menjadi sandaran utama Kelantan bagi memburu gol apabila menghadapi Angkatan Tentera Malaysia malam ini. Jelas, Piya kini dalam kelas tersendiri untuk menjadi kapten pertama menjulang tiga piala dalam satu musim ini.

Profil Lengkap
Nama : Mohd Badhri Radzi
Umur : 30 tahun
Tarikh lahir : 2 Jun 1986
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Posisi : Tengah
Nombor jersi : 16
Status : Bujang
Pendidikan : SPM

KARIER SELAKU PEMAIN
2001 – 2002       – Kelantan (Piala Milo)  
2003           – Piala Presiden Kelantan
2004           – TNB Kelantan (Liga Perdana)
2005           – Kelantan (Liga FAM)
2006            – Kelantan (Liga Perdana)
2007            – PDRM (Liga Perdana)
2008            – Kelantan (Liga Perdana)
2009 – sekarang – Kelantan (Liga Super)

PENCAPAIAN SELAKU PEMAIN NEGERI
2010  – Naib Juara Liga Super
          – Juara Piala Malaysia
2011  – Juara Piala Sultan Ahmad Shah
          – Naib Juara Piala FA
          – Juara Liga Super
2012  – Naib Juara Piala Sultan Ahmad Shah
          – Juara Piala FA
           - Juara Liga Super

PENCAPAIAN SELAKU PEMAIN KEBANGSAAN
2011 – Perlawanan persahabatan antarabangsa (Malaysia melawan Chelsea)


Norshahrul Idlan Talaha

Kehebatan penjaring terbanyak Kelantan musim lalu ini sememangnya cukup terserlah. Kelicikan Norshahrul Idlan yang gemar memperdayakan pemain pertahanan lawan di tepi garisan padang menyebabkan beliau digelar dengan jolokan ‘The Linesman’.

Meski pun sekadar menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Super musim ini, namun sentuhan berbisa pemain yang mengembangkan karier awalnya di Sekolah Sukan Bukit Jalil itu sentiasa ditagih bagi mengepalai jentera serangan Kelantan.

Norshahrul Idlan atau dikenali panggilan Matyo pasti menjadi sandaran utama The Red Warriors bagi merobek gawang Angkatan Tentera Malaysia setelah ketiadaan pemain import sensasi, Mohamad Ghaddar.

Justeru, ini merupakan peluang terbaik bagi pemain kelahiran Besut, Terengganu itu untuk membuktikan kehebatannya apatah lagi beliau hadir dengan reputasi terbaik selaku pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) selama dua musim, 2010 dan 2011 pada pentas perlawanan akhir ini.

Profil Lengkap
Nama : Norshahrul Idlan Talaha
Umur : 25 tahun
Tarikh Lahir : 8 Jun 1986
Tempat Lahir : Besut, Terengganu
No. Jersi : 9
Posisi : Penyerang
Status : Berkahwin
Pendidikan : SPM

KARIER SELAKU PEMAIN
2003 – 2006       – Perak (Piala Presiden)  
2006 – 2007       – Negeri Sembilan (Liga Super)
2007 – 2009       – Perak UPB/MyTeam (Liga Super)
2010 – sekarang – Kelantan (Liga Super)

PENCAPAIAN SELAKU PEMAIN NEGERI
2010 – Naib Juara Liga Super
         – Juara Piala Malaysia
2011 – Juara Piala Sultan Ahmad Shah
         – Naib Juara Piala FA
        – Juara Liga Super
2012 - Naib Juara Piala Sultan Ahmad Shah
          – Juara Piala FA
          – Juara Liga Super

PENCAPAIAN SELAKU PEMAIN KEBANGSAAN
2007 – Juara Pesta Bola Merdeka
2009 – Pingat Emas Sukan Sea XXV (Laos)
2010 – Juara Kejohanan Piala AFF Suzuki

ANUGERAH LAIN
2010 - Pemain Paling Bernilai (MVP) dan Penyerang Terbaik
           Anugerah Bola  Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
2011  - Pemain Paling Bernilai (MVP)
          - Pingat Setia (sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-42)


--- SINAR HARIAN