Sunday, October 21, 2012

Final Piala Malaysia: Ketiadaan Ghadar; Farhan tidak jejaskan sasaran

Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
Barisan pemain Kelantan.
 
THE RED WARRIORS kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi pasukan kedua selepas Kedah, merangkul gelaran kejuaraan treble pertama dalam sejarah pertandingan bola sepak Liga Malaysia.

Selepas meraih Piala FA dan Liga Super, kemaraan skuad kendalian Bojan Hodak itu seakan begitu sukar digugat meski pun Angkatan Tentera Malaysia menjadi pasukan terakhir yang berpeluang untuk menyekat cita-cita Kelantan ini.

Tanpa dua pemain tonggak, Mohamad Ghaddar dan Mohd Norfarhan Muhammad bukanlah satu masalah besar buat Kelantan. Jelas, mereka mempunyai barisan pemain simpanan yang mempunyai keupayaan yang setanding.

Ini dibuktikan apabila tanpa kelibat Mohamad Ghaddar sekali pun, Kelantan masih boleh beraksi cemerlang sehingga menjuarai peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia musim ini.

Malah kehadiran tiga pemain pinjaman iaitu Muhammad Afiq Azmi, Mohamed Aslam Haja Najamudden dan Mafry Balang sedikit sebanyak memperkasakan The Red Warriors pada penampilan final kali kedua ini.

Dilabel sebagai pasukan pilihan mungkin memberi sedikit tekanan namun dalam bola sepak kadangkala gelaran seperti itu amat diperlukan kerana Kelantan sememangnya menjadi pasukan terhebat di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


PROFIL PASUKAN

Nama Jolokan :
The Red Warriors (TRW)

Tema :
Merah dan Putih

Gelanggang :
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Kapasiti penonton :
22,000 tempat duduk

Pengurus Pasukan :
Azman Ibrahim

Ketua Jurulatih :
Bojan Hodak (ganti Peter James Butler pada 28 Februari)

Penolong Jurulatih :
Mohd Sideek A Samsudin
Zahasmi Ismail

Jurulatih Penjaga Gol :
Ismail Chawalit Abu Bakar

Jurulatih Kecergasan :
Reuben Jude Balraj

Fisioterapi :
Syarizan Samsuddin
Mohamad Naim Mohamad Shukri

Kitman :
Harun Ismail

Pegawai Keselamatan :
Datuk Mohd Farek Abdul Ghani

Pegawai Media :
Wan Badri Wan Omar

REKOD PENCAPAIAN
1953 - Juara Piala FAM
1955 - Naib Juara Piala Malaysia
1963 - Naib Juara Piala FAM
1970 - Naib Juara Piala Malaysia
1971 - Naib Juara Piala FAM
1972 - Naib Juara Piala FAM
1993 - Juara Liga Divisyen Dua
2000 - Juara Liga Perdana
2005 - Juara Piala FAM
2009 - Naib Juara Piala FA
- Naib Juara Piala Malaysia
2010 - Juara Piala Malaysia
- Naib Juara Liga Super
2011 - Juara Piala Sultan Ahmad Shah
- Juara Liga Super
- Naib Juara Piala FA
2012 - Naib Juara Piala Sultan Ahmad Shah
- Juara Piala FA
- Juara Liga Super

--- SINAR HARIAN