SETELAH melihat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih berada di
takuk yang lama, Timbalan Presidennya yang masih dalam penggantungan,
Tan Sri Annuar Musa kini tampil dengan menggariskan 11 perkara yang
perlu dibuat oleh FAM bagi membangunkan imej badan induk bola sepak itu.
“Ada yang bertanya apa perubahan yang perlu dilakukan dalam FAM. Saya jawab terpulang pada ahli kongres, cuma bagi saya yang perlu diubah ialah pertama corak dan kepimpinan mesti bebas daripada eksklusiviti melampau sehingga anggota tidak bebas berbincang dan tiada ketelusan.
“Kedua, Artikel 88 mesti dihapuskan dan ketiga, pelantikan Setiausaha Agung FAM mesti disahkan oleh Exco dan bukannya presiden seorang saja,” kata Annuar menerusi Laman Facebooknya, kelmarin.
Annuar yang digantung dua tahun setengah kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM turut memberitahu bahawa perkara keempat yang perlu dibuat oleh FAM ialah cara pengendalian Liga M di mana Liga M mesti dikendalikan entiti komersial yang di miliki bersama oleh FAM dan pasukan Liga M.
“Kelima, dana dan tajaan Liga M mesti digunakan untuk memajukan liga manakala keenam, Jawatankuasa pasukan kebangsaan mesti berfungsi dan dianggotai oleh orang yang sesuai.
“Ketujuh, organisasi FAM mesti dirasionalkan dan dikecilkan semula saiznya demi menjimatkan belanja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), turut berharap cabang komersial dalam FAM itu dihidupkan semula.
“Kelapan, MSL mesti dihidupkan kembali manakala kesembilan hubungan baik mesti dilakukan dengan kerajaan khususnya dengan Kementerian Belia dan Sukan.
“Kesepuluh, FAM juga harus fokus pada pembangunan dan kawal selia, bukannya penganjur liga sahaja dan yang kesebelas FAM perlu mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Bola Sepak Negara yang bersepadu dan bercorak jangka panjang,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mengulangi pendiriannya bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) atau kongres luar biasa mesti di adakan untuk meluluskannya dan mewajibkan Exco serta sekretariat bertindak melaksanakan keputusan ahli dan kongres.
Selain itu, mengulas mengenai pelantikan Setiausaha Agung baru, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad, Annuar berharap kepimpinan Hamidin akan memberi sinar baru kepada badan induk bola sepak itu.
“Semoga setiausaha agung baru lebih kreatif, inovatif serta responsif kepada pandangan stake holders (pemegang saham) terutama peminat bola sepak negara.
“Dan janjinya untuk membawa perubahan amat dialu-alukan, malah kami sebagai badan gabungan FAM juga sudah bersedia untuk mengambil inisiatif seterusnya kalau tiada petanda positif dari FAM,” katanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

--- SINAR HARIAN