Nik Mohd Shahrul
Nik Mohd Shahrul
 
PEMAIN The Red Warriors, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dipilih oleh laman web Goal.com selaku Pemain Pertahanan Kanan Terbaik Pasukan Asia bagi bulan Jun.

Pemilihan Nik Mohd Shahrul Azim atau dikenali Poknik yang mula menyarung jersi Kelantan dalam saingan Liga Malaysia sejak tahun lalu berdasarkan kecemerlangan beliau memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi pada tiga perlawanan terakhir Liga Super bulan lalu.

Turut tersenarai selaku pemain pertahanan terbaik ialah Jalal Hosseini dari Iran yang beraksi bersama Persepolis, Lucas Neill (Australia) dan penyerang Jepun, Shinji Okazaki menerusi formasi 3-5-2 yang diguna pakai laman web berkenaan.

Bakat luar biasa pemain berusia 22 tahun itu mula dikesan bekas pengendali Kelantan, Datuk M Karathu pada penghujung tahun 2011 sebelum diserap beraksi bersama skuad senior di bawah bimbingan Bojan Hodak awal musim lalu.

--- SINAR HARIAN