JUARA Piala FA, The Red Warriors nyata tidak gerun,
sebaliknya bersedia menanti kunjungan juara baru Liga Super, Lions XII
pada perlawanan terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok,
lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Ketua Pasukannya, Mohd Badhri Radzi berkata, tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan liga menjadi bekalan terbaik pasukannya sambil membayangkan mahu mencalarkan ego Lions yang menjulang kejuaraan pertama selepas hanya baharu dua musim kembali menyertai Liga Malaysia.
“Kami perlu kekal momentum dan lebih penting menutup tirai liga domestik musim ini dengan kemenangan. Jika Perak dapat mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan menewaskan Lions, kami boleh menamatkan saingan pada kedudukan keempat.
“Banyak pasukan lain tewas atau seri kepada Lions. Begitu juga Kelantan (tewas 0-1) tetapi kami tidak mahu situasi itu berulang apatah lagi hanya tewas sekali kepada ATM di tempat sendiri sepanjang musim ini. ,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Badhri atau dikenali Piya secara peribadi menyifatkan pertemuan menentang Lions ibarat menggalas maruah negara meskipun ia sudah terlewat kerana trofi Liga Super terlepas ke tangan pasukan jemputan dari Singapura itu.
“Piala AFF Suzuki dan Liga Super sudah menjadi milik Lions XII. Takkan kita hendak tengok satu persatu pasukan tempatan diratah mereka. Saya fikir lebih manis sekiranya kami dapat menewaskan mereka pada perlawanan terakhir saingan liga musim ini.
“Memang Lions tahu kekuatan dan kelemahan Kelantan tetapi itu tidak bermakna mereka boleh menewaskan kita dengan mudah. Mereka pun akui sendiri betapa sukarnya setiap kali beraksi di Kota Bharu,” katanya.

--- SINAR HARIAN