LIMA pasukan termasuk dua berstatus kelab dikhabarkan
mahu memancing Ketua Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi untuk
menyarung jersi pasukan berkenaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Mohd Badhri atau lebih dikenali Piya tidak menafikan beliau ada menerima tawaran beraksi dengan pasukan lain namun enggan terburu-buru membuat keputusan ketika khidmatnya masih ditagih negeri kelahirannya sendiri.
“Memang ada lima pasukan menawarkan kontrak kepada saya. Memandangkan kempen Piala Malaysia masih berlangsung sekarang, elok rasanya saya tidak bercakap apa-apa mengenai perkara ini.
“Soal kontrak (sama ada kekal atau berhijrah) saya mahu letak tepi dahulu. Fokus saya ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kota Bharu.
Mohd Badhri berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran produk Secretleaf – Men yang disempurnakan beliau selaku duta jenama tersebut di Kota Bharu, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim.
Dikhabarkan, tiga pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Super iaitu Selangor, Terengganu dan T-Team selain pendatang baharu Liga Premier, Felda United FC serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersedia menawarkan tempat kepada pemain tengah berusia 31 tahun itu untuk beraksi bersama mereka.
Situasi tersebut sekali gus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat TRW mengenai masa depan pemain kesayangan mereka itu sama ada kekal bersama Kelantan atau memilih haluan baharu bersama pasukan lain pada musim depan.
Malah, pemain paling berpengaruh dalam skuad kendalian Bojan Hodak itu dikatakan masih belum membuat keputusan mengenai tawaran yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk disambung kontrak bagi musim depan.
Kali pertama, Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA 2013 itu berhijrah ialah pada 2007 dengan mewakili PDRM, namun hanya semusim sebelum mengambil keputusan kembali ke pangkuan Kelantan, tahun berikutnya.

--- SINAR HARIAN