KETIADAAN Obinna Nwaneri pada perlawanan akhir Piala
Malaysia bertemu Pahang malam esok bukanlah masalah besar kepada The Red
Warriors (TRW).
Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, meskipun persiapan Kelantan tidak lengkap tanpa tonggak penting pertahanan Kelantan, anak buahnya tidak akan terjejas tanpa Nwaneri.
“Kelantan telah melakukan persiapan rapi untuk berdepan dengan anak buah Dollah Salleh dan telah mengenal pasti calon terbaik bagi menggantikan Nwaneri.
“Kami akan memastikan pemain yang menggalas tanggungjawab itu nanti berusaha mempertahankan TRW dari dibolosi,” katanya.
Mengulas pertemuan Pantai Timur malam esok, Azman mengakui Pahang merupakan pasukan yang bagus walaupun Tok Gajah tidak bernasib baik apabila tewas kepada Kelantan 4-0 pada peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia.
Bagaimanapun, rekod pertemuan lalu tidak boleh dijadikan ukuran lagi kerana aksi pentas akhir pastinya berbeza kerana Pahang amat dahagakan kejayaan untuk merangkul piala berprestij ini.
"Memandangkan pemain Pahang yang masih muda, TRW tidak akan memandang mudah pertemuan kali ini kerana prestasi pemain Pahang juga sedang memuncak.
"Pastinya Kelantan mahu mempertahankan Piala Malaysia dan membawa pulang piala itu ke Kota Bharu,” katanya.

--- SINAR HARIAN