Sunday, February 14, 2016

Devan Puas Hati Kelantan Kutip Satu Mata



IPOH, 14 Feb (Bernama) -- Pengendali Kelantan K. Devan berpuas hati dapat mengutip satu mata dalam perlawanan pembukaan menentang Perak dalam saingan Liga Super, yang disaksikan 21,000 penonton di Stadium Perak malam tadi.

"Kalau dapat satu mata bila main di tempat lawan pada permulaan musim ia dikira sangat baik," kata jurulatih skuad 'Pamoga Qu Puteh The Red Warriors' itu.

Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan.

Sementara itu, jurulatih Perak Syamsul Mohd Said berkata walaupun gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, beliau tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya.

"Kami puas hati dengan keputusan ini dan ia adil untuk kedua-dua pasukan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

-- BERNAMA