IPOH, 11 Feb (Bernama) -- Pasukan bola sepak Perak bersedia dan yakin
mampu memberi persembahan terbaik dalam perlawanan sulungnya menentang
Kelantan dalam saingan Liga Super 2016 di Stadium Perak, Sabtu ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata dengan usaha dan tawakal oleh kesemua pemain serta bimbingan jurulatih Samsul Saad, pasukan 'The Bos Gaurus' boleh memenangi perlawanan sulung itu.
"Kemenangan boleh memberi keyakinan untuk pasukan Perak pergi lebih jauh dalam persaingan liga tersebut", katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran PAFA di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam tadi.
Shahrul Zaman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak, turut menasihati para pemain yang beragama Islam agar mengerjakan solat sebelum beraksi untuk memohon kemenangan.
"Dalam 'changing room' kalau sempat sebelum main, kita solat Isyak atau solat Maghrib bersama-sama. Kemenangan, kekalahan dan kesihatan semuanya datang daripada Allah," katanya.
-- BERNAMA