Showing posts with label Baddrol Bakhtiar. Show all posts
Showing posts with label Baddrol Bakhtiar. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Kelantan lupakan khidmat Ghaddar


DIMITRIOS, pemain import baharu dalam skuad Kelantan.


SELEPAS kehilangan pemain paling bernilai, Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan sekali lagi menerima tamparan hebat apabila penyerang import sensasi mereka dari Lebanon, Muhammad Ghaddar tidak lagi bersama pasukan tersebut untuk mengharungi saingan liga musim depan.

Terdesak dengan situasi tersebut, KAFA segera memburu beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan ketika mereka kini dalam persiapan untuk mempertahankan ketiga-tiga kejuaraan yang dimenangi termasuk memberi cabaran baharu pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.

Nama penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali yang kini sedang beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala Suzuki AFF juga dikatakan turut berada dalam senarai paling atas untuk dibawa masuk bagi memantapkan pasukan. 

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan diberikan oleh pihak KAFA yang sebelum ini turut dikaitkan memburu dua penyerang berbisa Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Khyrill Muhymeen, namun khabar tersebut seperti tidak menjadi kenyataan. 

Bagaimanapun, peminat The Red Warriors mampu menghela nafas lega apabila KAFA hampir pasti menandatangani seorang pemain import baharu dari Australia yang merupakan penyerang muda sebuah kelab yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Asia dan memenangi Liga Australia sebelum ini bagi menggantikan kelibat Muhammad Ghaddar. 

Sumber KAFA memberitahu, pemain tersebut dilahirkan pada 10 November 1992 dan baru berusia 20 tahun dan memiliki kebolehan beraksi pada posisi serangan selain mampu bertindak sebagai pemain tengah.

“Dimitrios (Dimi) Pertratos merupakan pemain muda daripada kelab Sydney FC yang berpangkalan di New South Wales, Australia. Beliau juga merupakan penyerang pasukan bawah 23 tahun Australia dan antara lima pemain muda yang berjaya menempatkan diri dalam skuad senior kelab tersebut.
“Bagaimanapun, kita akan mendapatkan khidmat beliau secara pinjaman untuk tempoh enam bulan sebelum perbincangan lanjut mengenai kontraknya berdasarkan prestasi yang akan dipamerkan nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, sebuah portal sukan, Australian FourFour Two dalam entrinya pada 23 November lalu menyiarkan artikel mengenai juara trebel dari Malaysia, Kelantan berminat untuk mendapatkan pemain muda tersebut.

Artikel berkenaan juga menyebut, ejen Petratos, James Hardy begitu berminat dengan tawaran yang dikemukakan oleh The Red Warriors itu.

Friday, November 16, 2012

Badd terus membisu

Wartawan Sinar Harian
15 November 2012
Penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar
Penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar
 
PENYERANG Kedah, Baddrol Bakhtiar  masih menutup mulut mengenai soal perpindahannya yang kini dikaitkan menyertai skuad Kelantan bagi kancah Liga Malaysia 2013.

Pemain pasukan Harimau Malaya itu jadi perhatian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) selepas bakal kehilangan Norshahrul Idlan Talaha yang dikatakan bakal berhijrah ke Johor musim depan.

"Saya pun tahu nak cakap bagaimana. Berikanlah saya masa untuk fokus pada Piala AFF Suzuki 2012 terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara ini," katanya.

Baddrol yang juga kapten Kedah pernah diintai kelab Indonesia, Pelita Jaya FC namun memilih kekal setia di Alor Setar pada saingan musim ini.

Kebanyakan peminat Hijau Kuning masih berharap Baddrol sudi menyambung kontrak baru bersama Kedah dalam usaha mengembalikan semula maruah pasukan itu yang terpaksa bersaing dalam saingan Liga Perdana tahun depan.


--- SINAR HARIAN