Monday, November 12, 2012

Azlan perkuat bahagian serangan Yob

Wartawan Sinar Harian
11 November 2012
Azlan Ismail
Azlan Ismail
 
JENTERA serangan pasukan Perak pasti bertambah padu selepas Azlan Ismail mengesahkan bakal beraksi bersama mereka pada saingan baharu Liga Malaysia 2013.

Menurut pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu, dia mahukan cabaran yang lebih segar dan berazam membantu Seladang meraih sekurang-kurangnya satu piala yang dipertandingkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Memang saya akan menyarung jersi Perak yang kini dibimbing Azraai Khor Abdullah. Saya dijangka melaporkan diri di Ipoh pada 20 November ini.

"Saya yakin mampu merebut tempat kesebelasan utama pasukan walaupun pasukan itu dibarisi pemain ternama," katanya yang meraih gelaran treble bersama The Red Warriors, musim ini.

Azlan memiliki pengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan selepas pernah beraksi bersama pasukan Perlis (2006-2007), PDRM (2008), Terengganu (2009), Kedah (2010-2011) sebelum pulang ke pangkuan Kelantan musim lalu.

--- SINAR HARIAN