Showing posts with label Zairo Anuar Zailani. Show all posts
Showing posts with label Zairo Anuar Zailani. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Buktikan Red Warriors berbisa

KOTA BHARU - The Red Warriors selaku juara tiga piala musim lalu bakal teruji apabila berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi pembukaan Liga Malaysia 2013 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Berdepan dengan jaguh Liga Perdana itu, Kelantan perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut sebagai suntikan moral menjelang saingan Liga Super yang akan membuka tirai 8 Januari ini.

Meskipun kehilangan dua penggempur berbisa, Norshahrul Idlan Tahala dan Mohammad Ghaddar yang mengubah haluan bersama pasukan baharu, penyokong setia mereka tetap optimis Kelantan mampu merangkul kejuaraan tersebut selepas kecundang 1-2 di tangan Negeri Sembilan tahun lalu.

Bagi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net) inilah peluang terbaik pasukan untuk menebus kegagalan musim lalu dengan menjulang kejuaraan tersebut buat kali kedua selepas melakukannya pada musim 2010 lalu.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, berdasarkan kombinasi pemain yang ada, dia optimis Kelantan mampu menumbangkan ATM dalam perlawanan tersebut sekali gus membuka tirai saingan Liga M musim ini dengan bergaya.

Menurutnya, kehilangan Norshahrul Idlan dan Mohammad Ghaddar tidak menjejaskan persiapan pasukan apabila pemain yang dibawa masuk oleh pengurusan pasukan musim ini dilihat mampu mengisi kekosongan dua tonggak terbabit.

"Berdasarkan pemain yang ada saya yakin dan percaya Kelantan mempunyai kelebihan pada perlawanan tersebut. Ditambah pula kebanyakan pemain yang ada sudah masak dengan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih Bojan Hodak.

"Pasukan kami tidak hanya bergantung kepada seseorang pemain dan ia lebih permainan secara berpasukan. Selain itu rata-rata pemain mampu menjaringkan gol dan inilah kunci kejayaan The Red Warriors.

"Bagaimanapun, keupayaan ATM tidak boleh dipandang rendah oleh Kelantan, mereka mempunyai ramai pemain yang berbakat dan mampu meranapkan impian kita sekiranya diberikan peluang secukupnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Untuk saingan musim ini, Kelantan membawa masuk beberapa nama baharu bagi memperkuatkan pasukan antaranya Zairol Annuar Zailani, Mohd. Faiz Subri, Mohd. Hariss Safwan Kamal dan Norhadi Ubaidillah serta bekas penjaring terbanyak Liga Super musim 2005-2007 Keita Mandjou.
Dalam perkembangan lain, Mahizi menyeru penyokong Kelantan supaya lebih berdisiplin sebagaimana yang ditunjukkan sepanjang musim lalu.

Katanya, disiplin yang tinggi dalam kalangan penyokong menjadi tulang belakang kejayaan pasukan bagi mempertahankan kejuaraan yang dirai musim lalu pada tahun ini.

Monday, December 31, 2012

Hodak rencana formasi baru

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
31 Disember 2012
$entry.content.caption.value
 
KOTA BHARU – ‘Kekal 4-3-3 ataupun ubah 4-4-2” Itu dua formasi baru yang menjadi pilihan pengendali, Bojan Hodak bagi menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam pada 5 Januari ini.

Mengakui semakin hampir mendapatkan barisan bayangan terkuat Kelantan, Hodak berkata, beliau kini hanya perlu memikirkan dua kekosongan yang perlu diisi di bahagian pertahanan dan tengah pasukannya.

“Saya kena fikir siapa yang akan digandingkan dengan Obinna Nwaneri di pertahanan tengah.

Mohd Rizal Fahmi (Ab Rosid) dan K Nanthakumar menampilkan aksi terbaik dalam dua perlawanan persahabatan lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Saya hanya perlukan seorang lagi pemain di jentera tengah. Kita tengoklah nanti macam mana, mungkin saya kekal dengan formasi asal (4-3-3) atau guna percaturan baru 4-4-2 bila bertemu ATM nanti.

Menurut Hodak, kehadiran beberapa pemain seperti Zairo Anuar Zalani dan Mohd Faiz Subri daripada T-Team dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (Johor FC) turut memberikan pilihan kepada beliau dalam menentukan barisan terkuat pasukannya.

Dalam pada itu, Hodak yang turut bertindak selaku pengurus pasukan menyifatkan persiapan pra musim pasukannya berjalan dengan lancar setelah menjalani latihan di Pulau Pinang sejak seminggu lalu.

Memanfaatkan tempoh tersebut dengan mengadakan tiga perlawanan persahabatan, Hodak berkata, perancangan beliau membawa anak buahnya menjalani latihan di sana dianggap satu keputusan tepat setelah negeri ini dilanda gelombang banjir minggu lalu.

“Saya gembira dengan perkembangan pasukan ketika ini. Pemain akur dengan tanggungjawab bersama pasukan meski pun terpaksa meninggalkan keluarga mereka seketika.

“Kami menjalani latihan di atas padang yang berkualiti selain turut menjalani latihan di gelanggang futsal. Lebih penting bagi pemain meningkatkan tahap kecergasan sebelum bertemu ATM Sabtu ini,” katanya.

Juara treble menewaskan pasukan Liga FAM, Pulau Pinang 4-0 pada 24 Disember lalu sebelum seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Setar, dua hari kemudian. Kelantan menamatkan persiapan pra musim mereka bertemu Sime Darby FC di Stadium Bandaraya malam tadi sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu hari ini.

--- SINAR HARIAN

Thursday, December 6, 2012

Zairo anggap isu sudah selesai

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com.my


BEKAS penyerang T-Team, Zairo Anuar Zailani menganggap isu perpindahannya ke Kelantan selesai apabila kontrak bersama T-Team tamat pada 30 November lalu.

Sebelum ini, T-Team mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak beretika dalam usaha mendapatkan Zairo dan seorang lagi pemain, Mohd Faiz Subri yang dikatakan masih mempunyai kontrak sehingga November.

Zairo berkata, dia tidak mahu isu perpindahannya dibangkitkan lagi kerana mahu memberi tumpuan membantu Red Warriors musim depan.
“Kalau diikutkan saya sudah bebas daripada T-Team kerana kontrak tamat 30 November lalu. Justeru, saya hanya akan fokus dengan pasukan baru.

“Saya sudah sah bersama Kelantan dan akan berkhidmat selagi diperlukan, malah akan cuba mempamer aksi terbaik selepas mendapat peluang beraksi dalam pasukan juara tiga piala ini,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu.

Zairo antara pemain yang tersenarai sebagai penjaring terbanyak pada saingan Liga Super musim lalu dan dijangka tiada masalah mendapatkan keserasian bergandingan dengan Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad yang pernah bersamanya dalam T-Team pada 2011.
Menurutnya, peluang bermain bersama Kelantan bakal memberi pengalaman baru kerana sekali lagi bersaing dalam Piala AFC musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/06 

--- HARIAN METRO

Monday, December 3, 2012

TRW sambar Pertratos, intai Safee

Wartawan Sinar Harian
3 Disember 2012 

 Pertratos bakal menyarung jersi pasukan The Red Warriors secara pinjaman untuk tempoh enam bulan bagi Liga Malaysia 2013.
PEMAIN skuad bawah 23 tahun Australia, Dimitrios Pertratos dan penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali antara yang disebut-sebut bakal disunting oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memperkuatkan pasukan Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sumber Kafa memberitahu, penyerang Pelita Jaya FC yang sedang beraksi bersama skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dikatakan berada dalam perhatian meskipun tiada pengesahan rasmi diberikan oleh pihak terbabit setakat ini.

Menurut sumber itu lagi, Pertratos pula hampir pasti menjadi pilihan Kafa bagi menyarung jersi The Red Warriors secara pinjaman untuk tempoh enam bulan setelah kontrak Mohammad Ghaddar tidak disambung pada musim depan.

“Dimitrios Pertratos merupakan pemain Sydney FC yang berpengkalan di New South Wales, Australia. Dia masih muda (20 tahun), mempunyai ketinggian 1.76 meter dan boleh beraksi di posisi serangan dan pemain tengah menyerang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

“Kita dapatkan khidmat beliau atas dasar pinjaman bagi tempoh tersebut. Keputusan mengikat Pertratos dilakukan sebagai usaha memperkuatkan pasukan Kelantan bagi mempertahankan ketiga-tiga piala dimenangi selain menghadapi Kejohanan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula Mac nanti.

Sebuah portal sukan, Australian FourFour Two pada 23 November lalu melaporkan juara treble dari Malaysia, Kelantan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Pertratos terutamanya bagi mengharungi saingan baharu kempen Piala AFC nanti.

Malah, ejen Pertratos, James Hardy dalam artikel tersebut menyifatkan tawaran dikemukakan Kelantan sangat menarik dan memberi peluang kepada pemain muda itu mengembangkan kerjayanya setelah jarang diberi peluang beraksi bersama kelabnya sebelum ini.

Ini diperkukuhkan lagi apabila Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang dipetik daripada laman sosialnya semalam memberitahu, Kelantan sah akan mengikat kontrak dengan seorang pemain yang beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Juara-Juara Asia.

“Dia akan menggantikan Mohammad Ghaddar. Kita terpaksa melupakan Ghaddar yang menuntut kenaikan gaji 100 peratus. Saya tak mampu, lagi pun prestasinya juga tak konsisten,” katanya.

Annuar juga memberitahu, pihak Kafa akan mengadakan satu majlis memperkenalkan pemain baru mereka iaitu Zairo Annuar Zailani, Mohd Faiz Subri dan seorang lagi pemain tempatan di Kota Bharu, hari ini.

Selain Pertratos, Kafa juga difahamkan turut memperkenalkan bekas penyerang T-Team dan Johor FC, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal dan seorang lagi pemain import dari Croatia pada majlis tersebut.

--- SINAR HARIAN

Kafa: Safee-Andik ada peluang sertai Kelantan


3 Disember 2012
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
 
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membariskan lima muka baru termasuk dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia serta kejohanan Piala Konfederasi Asia musim depan.
  
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut ialah bekas kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani dan rakan sepasukannya, Faiz Subri serta pemain Johor FC, Haris Safuan.
  
Sementara pemain import terdiri daripada pemain Sydney FC, Dmitrios Petratos, 23, yang bermain di Liga Australia (A League) serta Lek Kcira, 29, dari Croatia dan pernah bermain bersama kelab liga utama di Iran dan Croatia sebagai pemain pertahanan.
  
Dmitrios Petratos juga pernah bermain bersama skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun Australia dan bertindak sebagai penyerang, selain mewakili skuad Bawah 20 pada kejohanan Piala Dunia di Columbia.
  
"Ketua jurulatih (Bojan Hodak) akan menguji kemampuan sebenar Dmitiros sebelum meletakkan beliau untuk bermain di Liga Malaysia ataupun AFC.
 
"Lek Kcira pula akan didaftarkan di bawah kumpulan pemain dalam kejohanan AFC dan akan bertindak sebagai pemain pertahanan yang akan bergandingan dengan Obinna Nwaneri," katanya kepada pemberita pada sesi pengenalan pemain baru The Red Warriors hari ini.
  
Annuar berharap penyertaan kelima-lima pemain tersebut dapat menyemarakkan lagi prestasi The Red Warriors musim depan bagi mempertahan kejayaan treble iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.
  
Bagaimanapun persoalan sama ada penyerang prolifik negara Safee Sali yang uar-uarkan bakal menyarung jersi Kelantan masih menjadi tanda tanya.
  
"Boleh jadi Safee, mungkin juga Andik Vermansyah (Indonesia). Masing-masing ada peluang untuk bermain dengan Kelantan dan tunggu sahaja pengumuman rasmi pada 3 Januari depan," kata Annuar.
  
Sementara itu beliau berkata, Kevin Ramalingan bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TheRedWarriors.com Sdn Bhd bagi menguruskan soal penajaan barangan The Red Warriors.
 
"Syarikat milik Kafa tersebut akan menyusun kembali penajaan dan antara berita gembira yang dapat saya khabarkan adalah Kelantan mendapat tajaan sekali ganda lebih musim hadapan berbanding 2012.
  
"Selain itu, Kelantan turut menerima undangan untuk bermain di Kejohanan Empat Negara dari 15 hingga 23 Disember ini di Indonesia sebagai persediaan pasukan untuk pramusim Liga Malaysia 2013," kata Annuar. - Bernama

--- SINAR HARIAN

Sunday, November 25, 2012

Barisan TRW semakin lengkap

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
24 November 2012
Kelantan FA
Kelantan FA
 
JUARA treble, Kelantan hampir melengkapkan senarai barisan 25 pemain terbaiknya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan. Pengumuman Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa pada majlis perarakan tiga piala di Kota Bharu, Selasa lalu ternyata mengejutkan penyokong setia mereka.

Dua nama besar iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammad Ghaddar tercicir daripada perancangan The Red Warriors.

Status Norshahrul Idlan ketika ini masih menjadi tanda tanya manakala kedudukan Mohammad Ghaddar pula bakal ditentukan oleh pihak Kafa tidak lama lagi.

IKAT

Pada masa sama, Kelantan secara rasmi turut mengikat dua tonggak pasukan berstatus kelab iaitu T-Team, Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri untuk mengimbangi kekuatan mereka setelah kehilangan Mohd Nurul Azwan Roya ke Johor dan S Chanturu (Perak).

Lebih mengejutkan, kehadiran tonggak pertahanan Perak, K Nanthakumar yang digugurkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebelum ini turut menarik perhatian.

Jelas, khidmat pemain berusia 36 tahun itu amat ditagih bagi memperkuatkan benteng pertahanan Kelantan setelah kehilangan S Subramaniam yang berehat panjang hingga pertengahan musim depan.

GANDING

Dalam pada itu, Kelantan sekali lagi mencetuskan kejutan apabila mengikat bekas penyerang T-Team dan Johor FC, Mohd Haris Safwan Md Kamal bagi memperkukuhkan jentera serangan untuk digandingkan dengan Mohd Norfarhan Muhammad.

Selebihnya, pasukan bimbingan Bojan Hodak itu masih mengekalkan barisan pemain yang sama pada musim lalu.

Cuma dua pemain Piala Presiden iaitu Mohd Aris Zaidi dan Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin dinaiktaraf beraksi bersama skuad junior pada musim depan.

--- SINAR HARIAN

Friday, November 23, 2012

Annuar: Kafa tak 'curi' pemain

Wartawan Sinar Harian
22 November 2012
Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menolak dakwaan setengah pihak yang menuduh persatuan tersebut 'mencuri' pemain.

Menyifatkan perpindahan pemain baru mereka tertakluk di bawah kontrak pemain ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Annuar ketika dipetik dari laman sosial Facebooknya berkata, setiap pemain yang diambil untuk membarisi skuad The Red Warriors (TRW) musim depan tidak mempunyai sebarang baki kontrak dengan pasukan asal.

"Kita tak perlu curi pemain. Yang nak datang kita pastikan mereka tidak ada kontrak dengan sesiapa tahun depan.

"Sila lihat peraturan kontrak, pemain yang kita ambil mempunyai hak penuh di bawah perkara 10.6 dan 10.7. Oleh kerana pasukannya gagal memenuhi perkara 10.1, 10.2, 10.3 dan 10.4 dibawah cara-cara melanjutkan kontrak, malah notis mereka bertarikh 17 september adalah tidak mencukupi tempoh minima 3 bulan sebelum kontrak tamat (iaitu sebelum 31 Ogos) dan tidak terpakai.

"Kalau pemain pernah bersetuju sekalipun, mereka wajib dalam tempoh 30 hari dari tarikh setuju menyedia dan menandatangani kontrak baru (sebelum 1 November).

"Tapi ini juga tidak dibuat dan bercanggah dengan perkara 10.3 dan 10.4 kontrak. Jesteru pemain berkenaan punya hak untuk berunding dan mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan baru," katanya.

Berpengalaman berikutan pernah melalui perkara sedemikian, Annuar berkata: "Saya harap teliti dulu peraturan sebelum membuat komen. Semoga penjelasan ini memberi gambaran jelas kepada semua dan periksa tindakan masing-masing."


Selain mengekalkan 95 peratus pemain asal, Kelantan turut menyenaraikan empat pemain baru, Mohd Haris Safwan Md Kamil (Johor FC), K Nanthakumar (Perak) serta Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri (T-Team) untuk menguatkan lagi jentera TRW musin depan.

--- SINAR HARIAN

Wednesday, November 21, 2012

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2013:


1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Matt Rose
3) K.Nanthakumar (BARU)
4) Obinna Nwaneri
5) Nik Shahrul Azim
6) Farisham Ismail
7) Zairo Anuar Zailani
8) Shakir Shaari

9) KIV **Tiga Hari Lagi
10) Norfarhan Muhammad
12) Izuan Salahudin (BARU)
13) Faiz Subri (BARU)
14) Zamri Ramli
15) Daudsu Jamaludin
16) Badhri Radzi (Ketua Pasukan)
17) Rizal Fahmi
18) Khairul Izuan Rosli
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Keita Mandjou (BARU)
21) Norhadi Ubaidillah (BARU)
22) Tuan Faim
23) Indra Putra Mahayuddin (Pen.Ketua Pasukan)
24) Zairul Fitree
25) Aris Zaidi
26) *KIV* IMPORT yg bermain dengan negara ranking 100 kebawah.
27) Mijo Dadic (import)
29) Okine (import)
30) Antwi (import)

**Senarai pemain mengikut nombor Jersi..
**Masih ada DUA NAMA PENTING tidak diumumkan!!!
--- wawanfaiz.com

Monday, November 12, 2012

Zairo, Faiz dalam radar Kelantan

Wartawan Sinar Harian
11 November 2012
Zairo
Orang lama T-Team, Zairo kini jadi pemain buruan terbaru The Red Warriors.
 
BEBERAPA nama besar dikaitkan bakal memperkuatkan The Red Warriors bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim depan jika usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu menjadi kenyataan.

Dua pemain T-Team iaitu Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta pemain sayap Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri merupakan tiga pemain yang berada dalam radar Kelantan sekarang.

Menurut sumber dalaman Kafa, rundingan sedang dijalankan untuk membawa masuk dua pemain pasukan berstatus kelab Pantai Timur itu dan Mohd Khyril bagi menyarung jersi The Red Warriors musim depan.

“Ia sebagai usaha untuk menampung kekosongan ditinggalkan beberapa pemain yang mengambil keputusan berhijrah mewakili pasukan lain dalam Liga Malaysia musim depan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

“Memang nama Zairo Annuar (Zailani) dan Mohd Faiz (Subri) berada dalam perhatian Kafa sebelum kempen Piala Malaysia berakhir baru-baru ini. Jika menjadi kenyataan, kehadiran mereka pasti memperkukuhkan jentera serangan pasukan ini.

Menurut sumber itu lagi, pihak Kafa ketika ini sedang meneliti status ketiga-tiga pemain tersebut sebelum mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pasukan asal masing-masing.

Juara treble itu kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Mohd Nurul Azwan Roya yang berhijrah ke Johor, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak), selain Norshahrul Idlan Talaha yang juga dikhabarkan berminat mewakili Johor pada musim depan.
Dalam pada itu, sumber tersebut turut mengesahkan pihak Kafa juga sedang berusaha untuk memancing Mohd Khyril Muhymeen, yang mana kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berakhir hujung bulan ini.

“Memang Presiden Kafa (Tan Sri Annuar Musa) ada menghubungi bapa Mohd Khyril Muhymeen, baru-baru ini untuk bertanya khabar mengenai kedudukan pemain tersebut dengan Kedah.

“Namun, ia masih dalam proses rundingan awal memandangkan pemain tersebut sibuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki, penghujung bulan ini.

“Begitu pun setakat ini, rundingan tersebut menampakkan perkembangan positif. Kalau Mohd Khyril Muhymeen bersetuju dengan tawaran dikemukakan, Insya-ALLAH, mungkin dia bersama Kelantan pada musim depan,” katanya.

--- SINAR HARIAN